Untuk Golongan Dewasa

Ruang Selamat Untuk Anda Mula Belajar Al-Quran Pada Usia Dewasa.

Tiada siapa akan nilai anda di sini. Kami faham perasaan itu - dan kami sedia membantu secara peribadi, mengikut kadar pembelajaran anda sendiri.

"Saya mula belajar pada umur 52 tahun. Tidak ada kata terlambat kalau ada niat."

- Puan Rohani, Subang Jaya

"Ustaz sangat sabar. Tidak pernah saya rasa malu walaupun saya langsung tidak tahu Alif Ba Ta."

- Encik Azhar, Petaling Jaya

"Kelas 1-on-1 membuatkan saya lebih berani bertanya tanpa rasa dihakimi."

- Haji Abdul, Shah Alam
200+ Pelajar Dewasa Dilayan
100% Kelas Peribadi 1-on-1
5 ★ Penilaian Purata Pelajar

Kisah & Panduan Terkini

Perkongsian ikhlas dari kami untuk membantu anda memulakan langkah pertama.

📖
Kisah Inspirasi

Kisah Azhar: Lelaki 45 Tahun Yang Akhirnya Berani Mengaji

Azhar malu mengakuinya. Seorang eksekutif kanan, namun tidak dapat mengaji. Inilah kisah keberaniannya.

Baca Kisah Penuh
✋
Panduan Mula

3 Cara Kenal Huruf Hijaiyah Tanpa Perlu Hafal Semuanya Sekaligus

Ramai yang berhenti di awal kerana cuba hafal 28 huruf sekaligus. Ada cara yang lebih mudah dari itu.

Baca Panduan
🕌
Kisah Inspirasi

Haji Abdul: Sudah Menunaikan Haji Tapi Belum Boleh Baca Al-Fatihah

Kisah berani seorang bapa yang memutuskan tidak mahu terus berdusta kepada dirinya sendiri.

Baca Kisah Penuh

Mengapa Celik Quran Berbeza?

Kami tidak mengajar kanak-kanak. Kami khusus untuk anda - golongan dewasa yang mempunyai kesibukan dan kerisauan tersendiri.

🔒

Privasi Terjaga Sepenuhnya

Kelas 1-on-1 bermakna hanya anda dan ustaz. Tiada rakan sekelas yang akan tahu tahap pembelajaran anda.

⏱

Jadual Mengikut Keselesaan Anda

Anda yang tentukan masa. Waktu pagi sebelum kerja, waktu malam selepas anak tidur - semua boleh diaturkan.

🎯

Silibus Dibina Khas Untuk Dewasa

Kaedah pengajaran kami berbeza dari cara mengajar kanak-kanak. Lebih praktikal, lebih cepat faham.

💬

Tiada Soalan Yang Bodoh

Bertanya sesering yang anda mahu. Ustaz Syukur faham kerisauan anda dan tidak akan menghakimi.

Lihat Suasana Kelas Kami

Kelas bersemuka dan kelas dalam talian - suasana yang selesa dan mesra untuk pelajar dewasa.

Ustaz mengajar kelas mengaji dalam talian
Kelas Online - Belajar Dari Rumah
Sesi bimbingan peribadi 1-on-1
Bimbingan 1-on-1
Pelajar dewasa warga emas berjaya belajar mengaji
Tiada Had Umur
Lihat Semua Gambar →

Apa Kata Pelajar Kami

Mesej sebenar dari pelajar-pelajar kami - diambil terus dari perbualan WhatsApp.

★★★★★

"Bila beli Celik Al-Quran, saya belajar macam ustaz ada dengan saya sama-sama baca. Tajwid yang Celik Al-Quran ajar memang simple dan senang faham. Walaupun ada 19 mad tapi ustaz ringkaskan yang kita mudah faham. Allah besar nikmat yang Allah beri."

👩
Shafiqah
Pelajar Kit Celik Al-Quran
★★★★★

"Cara ustaz mengajar memang jelas dan bagus untuk faham. Setakat ni mudah faham apa yang diajar. Saya akan ulang huruf lagi - dan akan terus belajar."

👲
Pelajar SCQ
Pelajar Kelas Personal
★★★★★

"Alhamdulillah sangat membantu. Satu buku dah habis, tinggal satu buku lagi. Macam kalau kita lupa huruf, kita ingat balik gambar. Senang kan?"

👩
Pn. Shida
Pelajar Kit Celik Al-Quran
★★★★★

"Tiada masalah guna kit. Mudah dan faham apa yang diajar. Cara sebutan huruf dengan betul, mahraj dan tajwid - semuanya okay. Dapat rasa bacaan makin baik, terutama mengenai hukum mad, panjang pendeknya. Alhamdulillah."

👩
Pelajar AS
Pelajar Kit Celik Al-Quran
★★★★★

"Alhamdulillah, sejak saya tahu anak saya autisme, Allah temukan saya dengan insan-insan yang baik yang mendorong saya ke jalan para nabi dan rasul. Allah sebaik-baik perancang."

👩
Pelajar L-KIT
Pelajar Kit Celik Al-Quran

Bukti Nyata Dari Pelajar

Mesej sebenar dari WhatsApp - bukan rekaan, bukan pelakon berbayar.

S
Shafiqah
online
Nie al quran yang akk cite kt cikgu.. tp smpai skrng tak berusik..
10:59 am
Tp bila beli celik Al-quran akk beljar mcm ustz ada dgn kite sama2 baca dgn kite..
10:59 am
elok lagi berbungkus 😊
10:59 am ✓✓
tak apa.. akak boleh gunakan yng ini sbgai panduan utk akak
11:00 am ✓✓
P
SCQ 13/7/19
online
Sy dh follow 3 video..alhamdullih..rse dh ok ckit 😊
11:34 am
Alhamdulillah 😀😀
11:35 am ✓✓
Cara ustaz mngajar mmg jelas n bgs utk fhm
12:36 pm
Alhamdulillah.. seronok saya dengar
12:41 pm ✓✓
S
Pn. Shida
online
Alhamdulillah..1 buku dh habis...tinggal 1 buku lg
3:41 pm
Alhamdulillah sanggat membantu.. Mcm kalau kite Lupe huruf Tu ..kite ingat balik gambar 🙂
3:42 pm
yess betulll !! 😊😊 senang kan..
3:43 pm ✓✓
A
L-KIT 12/6/19
online
X de mslh pun gunakn kit.. Mudah dan faham apa yg diajar.. Cara sebutan huruf ngn betul..mahraj n tajwid.. Semuanya okay.. 👌
6:21 pm
Dpt rs bacaan akak makin baik..trutama mengenai hukum mad..
6:27 pm
S
Shafiqah
online
Aah simple jer cikgu jnji kite kenal hurf.. Dan tajwid yang celik al quran ajar mmg simple dan senang faham..
11:48 am
kaaannn.. yg penting kita faham dan bacaan kita betul 😊
12:25 pm ✓✓

Sudah Bersedia Untuk Langkah Pertama?

Hantar mesej WhatsApp kepada kami sekarang. Satu mesej sahaja - dan kami akan urus selebihnya dengan penuh hormat dan privasi.

Hubungi Ustaz Sekarang
Hubungi Ustaz